Mengaku bersalah jadi pegawai Kastam, minta RM2,500 - Utusan Malaysia

Mengaku bersalah jadi pegawai Kastam, minta RM2,500

KHAIRUDIN Abd. Rahman ketika hadir ke Mahkmah Sesyen atas pertuduhan menyamar pegawai kastam dan meminta suapan di Johor Bahru, Johor. -UTUSAN/ BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor mengaku bersalah menyamar sebagai pegawai jabatan itu dan meminta suapan sebanyak RM2,500 daripada peniaga di sebuah restoran di Yong Peng, dekat sini, empat tahun lalu. 

Tertuduh, Khairudin Abd. Rahman, 51, mẹmbuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu telah menipu dengan menyamar sebagai pegawai kastam kepada seorang lelaki berusia 33 tahun sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM2,500 yang mana beliau tidak akan menyerahkan wang sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut pada pukul 2.15 petang di Jalan Besar, Yong Peng, Batu Pahat, pada 19 Februari 2017. 

Bagi perbuatan itu, Khairudin telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan. 

Kes pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), K. Shatesh manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Ahmad Kamal menetapkan wang jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 31 Mac ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya