Melaka benarkan operasi penuh kedai 24 jam - Utusan Malaysia

Melaka benarkan operasi penuh kedai 24 jam

PELANGGAN makan di kedai dengan mematuhi SOP yang ditetapkan selepas kerajaan – FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Semua kedai makan dan premis yang mempunyai lesen untuk beroperasi 24 jam di negeri ini dibenarkan menjalankan operasi penuh waktu perniagaan.

Keputusan itu dibuat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka dalam Mesyuarat Covid-19 Negeri Melaka minggu lalu.

Pengarah MKN negeri, Mohd. Nasrul Menhat berkata, kebenaran itu diberikan sepanjang waktu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Hasil perbincangan dalam mesyuarat minggu lalu, kita bersetuju membenarkan premis beroperasi mengikut waktu operasi pada lesen yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

“Maknanya kalau lesen menyatakan waktu operasi adalah 24 jam, jadi waktu operasi dibenarkan adalah 24 jam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Mohd. Nasrul berkata, perkara itu adalah berdasarkan kepada kelonggaran diberikan PBT masing-masing di negeri yang dikenakan PKPP.

“Ini sama sekali berbeza dengan situasi semasa PKP Bersyarat (PKPB) sebelum ini, yang mana prosedur operasi standard (SOP) menetapkan masa pembukaan dan penutupan premis perniagaan termasuk kedai makan yang perlu dipatuhi oleh seluruh negeri,” jelasnya.

Sementara itu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu ketika dihubungi berkata, semua premis berlesen 24 jam perlu membuat permohonan lanjutan operasi bagi tujuan pemantauan.

“Bagi mereka yang berlesen 24 jam dan ingin melanjutkan tempoh perniagaan selepas pukul 12 tengah malam perlu mematuhi SOP yang ketat.

“Kita kena ingat, dalam tempoh PKPP, kerajaan masih menekankan SOP seperti PKPB, jadi kita tak boleh longgarkan sangat kerana pandemik ini masih belum berakhir,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya