MBSA anjur pertandingan fotografi Kempen Pembudayaan Norma Baharu Shah Alam - Utusan Malaysia

MBSA anjur pertandingan fotografi Kempen Pembudayaan Norma Baharu Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dalam usaha menangani penularan pandemik Covid-19, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan fotografi bertema Kempen Pembudayaan Norma Baharu Shah Alam.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, pertandingan mulai 20 Mac lepas hingga 1 September ini adalah komitmen berterusan MBSA untuk memupuk pembudayaan norma baharu dalam kalangan komuniti khususnya warga Shah Alam.

“Orang ramai dijemput menyertai kempen ini dengan hanya perlu mengambil gambar pembudayaan norma baharu dalam kehidupan seharian seperti memakai pelitup muka, pengambilan bacaan suhu badan semasa di premis perniagaan atau pejabat, menjaga penjarakan fizikal dan sebagainya beserta penerangan bersesuaian serta menarik.

“Gambar yang diambil hendaklah di muatnaik di media sosial MBSA iaitu Facebook shahalamcitycouncil, Instagram @sacitycouncil dan Twitter @sacitycouncil beserta tanda pagar #normabaharushahalam. Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti dan amalan norma baharu dalam kehidupan harian mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrin berkata, tempat pertama akan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500 beserta sijil penyertaan dan cenderahati manakala tempat kedua memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM350 beserta sijil penyertaan dan cenderahati.

Sementara itu, tempat ketiga akan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM250 beserta sijil penyertaan dan cenderahati serta hadiah saguhati berjumlah RM100 seorang untuk 10 pemenang beserta sijil penyertaan dan cemderahati.

“Melalui pelaksanaan kempen ini, MBSA berharap dapat mendidik serta bersama berganding baharu untuk mencegah penularan COVID-19.

“Kempen ini juga adalah platform MBSA agar dapat memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat bagi mengamalkan norma baharu di dalam kehidupan seharian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya