MBM seru belia tingkat ilmu literasi kewangan - Utusan Malaysia

MBM seru belia tingkat ilmu literasi kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Belia Malaysia (MBM) menyeru rakyat khususnya golongan belia meningkatkan ilmu literasi kewangan sejajar dengan tema Take Care of Yourself & Take Care of Your Money.

MBM dalam satu kenyataan memaklumkan, penganjuran Global Money Week 2021 (GMW2021) kali ini mementingkan pembinaan daya tahan kewangan dan kekal sihat dalam konteks semasa.

“Ilmu literasi kewangan dan cara mengurus kewangan yang betul perlu diterapkan seawal belia remaja bagi memberikan persiapan masa depan yang cerah.

“Sekali gus mengelakkan mereka daripada terjebak ke dalam masalah kewangan dan kemuflisan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyatan terbabit, MBM menerusi kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mendokong pendidikan berterusan khususnya dalam tempoh sambutan GMW2021.

Kata kenyataan tersebut, MBM juga akan bekerjasama secara jangka panjang bersama AKPK dalam pendidikan literasi kewangan untuk belia dan usahawan muda di peringkat akar umbi.

“Selain itu, AKPK juga menyediakan program Wacana Ilmu yang mengupas isu mengenai Kesejahteraan Mental, Keusahawanan Sosial serta Kekal Fit Fizikal bersama penceramah serta coach yang berpengalaman,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya