MB nafi ada rundingan bubar portfolio Hal Ehwal Bukan Islam - Utusan Malaysia

MB nafi ada rundingan bubar portfolio Hal Ehwal Bukan Islam

SAARANI Mohamad berucap dalam Program Mesra di Kampung Bogor, Gerik hari ini. - UTUSAN/GAMBAR WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Dakwaan UMNO meminta portfolio Hal Ehwal Bukan Islam negeri dibubarkan sebagai imbuhan kerana memberikan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk ADUN pembangkang khususnya DAP merupakan tuduhan yang tidak berasas.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad sebaliknya menjelaskan, peruntukan yang diberikan itu bertujuan agar wakil rakyat dapat melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat di kawasan mereka.

Menurutnya, keputusan kerajaan negeri memberikan peruntukkan sama rata sebanyak RM200,000 kepada semua ADUN termasuk ADUN pembangkang dibuat menerusi perbincangan.

Katanya, pengalaman beliau daripada ADUN biasa, menjadi exco selama tiga penggal dan menjadi Ketua Pembangkang selama 22 bulan, beliau memahami tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Kita kena faham, sama ada jadi ADUN pembangkang atau ADUN kerajaan, semuanya memerlukan dana peruntukan.

“Saya tegaskan tidak timbul isu sebagaimana yang didakwa, tuduhan itu tidak benar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Program Mesra di tapak Pusat Pengajian Pondok Kholidiyah di Jalan Rafflesia Kampung Bogor di sini hari ini.

Saarani ditanya mengenai satu mesej yang tular dalam media sosial yang mendakwa seorang pemimpin DAP Perak merupakan pengkhianat kepada kaum Cina apabila dikatakan telah membuat perjanjian dengan UMNO untuk membubarkan portfolio Hal Ehwal Bukan Islam sebagai imbuhan kerana ADUN DAP menerima peruntukan sebanyak RM200,000.

Disember lalu, Saarani ketika membentangkan Belanjawan negeri 2021 mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada semua 59 ADUN Perak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya