Mayat reput ditemukan dalam longkang - Utusan Malaysia

Mayat reput ditemukan dalam longkang

MAYAT lelaki yang dijumpai dalam longkang di hadapan sekolah di Jalan Padang Tembak, Teluk Intan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam longkang di hadapan sebuah sekolah di Jalan Padang Tembak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Kamarudin Mat Salleh berkata, mayat yang telah reput di bahagian kepala itu dijumpai orang awam pada pukul 5.50 petang.

Katanya, identiti mangsa yang merupakan lelaki dewasa itu bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

“Polis menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan telah menjumpai seorang lelaki di dalam longkang yang dipercayai telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan mendapati, tiada kecederaan fizikal pada tubuh mangsa yang memakai dua lapis baju itu selain telah reput di bahagian kepala,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya tidak menemukan sebarang dokumen bersama mayat itu bagi mengesahkan identiti mangsa.

Katanya, mayat tersebut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

“Bedah siasat akan dijalankan selepas laporan ujian saringan Covid-19 diperolehi. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya