Mayat pelajar tingkatan empat terapung bersama Honda EX5 - Utusan Malaysia

Mayat pelajar tingkatan empat terapung bersama Honda EX5

MAYAT Muhammad Ammar Izzat Zainudin ditemukan terapung bersama motosikal Honda EX5 yang ditunggangnya di bawah jambatan Sungai Kampung Teladas di Kemaman, Terengganu malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kehilangan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dari Kampung Teladas, Air Putih di sini sejak Rabu lalu terjawab selepas mayatnya ditemukan di bawah jambatan Sungai Kampung Teladas, malam tadi.

Mayat Muhammad Ammar Izzat Zainudin ditemukan terapung bersama motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangnya di sebalik longgokan kayu di bawah jambatan berkenaan, kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Putih dipercayai terjatuh ke sungai berkenaan.

“Mangsa yang menunggang motosikal dari arah Air Putih seorang diri dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum terjatuh ke dalam sungai.

“Siasatan awal tidak menemukan sebarang kesan jenayah berdasarkan kesan kecederaan yang dialami pada dada,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, kakak mangsa, Zailatul Ain, 35, berkata, kehilangan adik bongsunya itu disedari ibu mereka selepas Muhammad Ammar Izzat tidak pulang ke rumah sejurus selepas keluar makan malam bersama rakan-rakannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya