Mayat lelaki hampir reput ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat lelaki hampir reput ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki dalam keadaan reput ditemukan di tepi Jalan Broga, Semenyih, dekat sini, malam tadi.

Mayat lelaki berusia 43 tahun itu ditemukan orang awam kira-kira pukul 8.37 malam di dalam longkang sebelum memaklumkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, susulan itu, sepasukan polis ke lokasi dan mendapati terdapat mayat berpakaian lengkap dengan memakai baju-T dan seluar jeans gelap.

Kata beliau, pemeriksaan lanjut turut menemukan dompet dan telefon bimbit dipercayai milik lelaki itu.

“Berdasarkan pengenalan diri yang ditemukan, lelaki itu dikenali sebagai N. Suresh, 43, berasal dari Batu 9, Cheras.

“Bagaimanapun, tiada sebarang senjata ditemukan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, siasatan lanjut dilakukan forensik, kemungkinan lelaki itu terjatuh ke dalam longkang dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih seminggu lalu.

Kata beliau, mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi Ketua Balai Polis Semenyih Inspektor Sahar Buraera di talian 03-87275222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya