Maut selepas 10 jam bertarung nyawa - Utusan Malaysia

Maut selepas 10 jam bertarung nyawa

KEADAAN motosikal yang ditunggang Amran Rabain selepas terlibat kemalangan di Jalan Londang, Masjid Tanah, Melaka semalam. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Lelaki warga emas meninggal dunia selepas 10 jam bertarung nyawa susulan motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah motosikal lain di Jalan Londang, Masjid Tanah di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, mangsa, Amran Rabain, 68, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas 110 dalam perjalanan dari Masjid Tanah ke Londang. 

“Setiba di tempat kejadian, motosikal mangsa telah bertembung dengan sebuah motosikal lain jenis Yamaha Y15ZR dari arah bertentangan yang ditunggangi seorang pemuda berusia 21 tahun. 

“Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dah dikejarkan ke Unit Kecemasan untuk mendapatkan rawatan. Warga emas itu bagaimanapun disahkan meninggalkan dunia pada pukul 10.40 malam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambahnya, seorang lagi mangsa hanya mengalami luka-luka di muka dan dirawat di Zon Kuning.

“Jenazah mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya