Maritim Malaysia siasat pelanggaran syarat bot hilang - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia siasat pelanggaran syarat bot hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan melakukan siasatan lanjut sekiranya wujud pelanggaran syarat oleh bot yang membawa enam pemancing yang ditemukan selamat di perairan Pahang, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Malaysia Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, pihaknya akan meneliti pelbagai aspek termasuk kecuaian pemilik bot bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

“Kita dapati ada kemungkinan berlaku pelanggaran syarat bot dan kita lihat sama ada berlaku aspek kecuaian.

“Siasatan awal mendapati bot berkenaan tidak mempunyai lesen khas atau permit untuk membawa pemancing dan dari segi aspek keselamatan juga boleh diragui,” katanya dalam sidang akhbar di Zon Maritim Kemaman. di sini hari ini.

Rashidilhadi berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 dan Ordinan Perkapalan Malaysia kerana beroperasi tanpa lesen.

Dalam pada itu, katanya, bot nelayan tempatan kelas A berkenaan ditemuikan pada jarak 50 batu nautika utara Pulau Tioman di Pahang kira-kira pukul 8.30 pagi ini oleh nelayan tempatan sebelum ditunda ke Jeti Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Kuantan.

Katanya, kesemua mangsa menjalani pemeriksaan fizikal sebaik sahaja tiba di jeti berkenaan.

“Mangsa tiba di jeti kira-kira pukul 1.15 petang dan kesemua mereka berada dalam keadaan sihat, namun kelesuan dan kelaparan berikutan terputus bekalan makanan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya