Maqis serah hasil rampasan kepada Zoo Negara - Utusan Malaysia

Maqis serah hasil rampasan kepada Zoo Negara

SAIFUL Yazan Alwi (kiri) menunjukkan ayam beku kepada Pengarah Zoologi dan Vaterinar Zoo Negara Dr Ramli (tengah) di Pejabat Maqis Rantau Panjang, Kelantan hari ini. -UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Ayam sejuk beku seludup yang telah dilucutkan hak bernilai RM400,000 diserahkan kepada Zoo Negara untuk dijadikan bekalan makanan kepada haiwan di situ.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Saiful Yazan Alwi berkata, ia hasil rampasan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) menerusi penugasan di kawasan sempadan.

Menurutnya, serahan tersebut bertujuan meringankan beban pihak Zoo Negara dan memastikan bekalan makanan untuk haiwan di situ mencukupi.

“Ayam sejuk beku ini dirampas oleh pasukan keselamatan selepas cuba dibawa masuk secara haram dari negara jiran menggunakan pangkalan-pangkalan haram di sekitar tebing Sungai Golok.

“Kebanyakannya dibawa masuk tanpa dokumen seperti permit import yang sah dari Maqis,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serahan Ayam Beku Kepada Zoo Negara di Pejabat Maqis Rantau Panjang di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Maqis Kelantan Roslan Che At serta Pengarah Zoologi dan Veterinar Zoo Negara, Dr Naim Ramli.

Saiful Yazan memberitahu, setakat ini pihaknya membuat empat serahan kepada Zoo Negara.

Katanya, sepanjang 2020, sebanyak 176,655 kilogram ayam sejuk beku telah dirampas oleh pasukan keselamatan yang bertugas di sempadan membabitkan nilai RM1.4 juta.

“Perbuatan mengimport ayam sejuk beku tanpa permit sah merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya