Mangsa jejambat runtuh tidak sempat beli kereta - Utusan Malaysia

Mangsa jejambat runtuh tidak sempat beli kereta

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tahun lalu, dia baru sahaja kehilangan suami, kali ini giliran dia pula meninggal dunia.”

Itu luahan abang ipar kepada Nurina Edwin Abdullah, 47, yang maut selepas terperangkap di bawah perancah besi pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak, di sini semalam.

Abang iparnya, Muhammad Raffidin Mohd Jufri, 33, berkata, Allahyarham yang berasal dari Lundu, Sarawak itu telah bekerja di kilang Sensata Technologies sejak 10 tahun lalu.

Kata beliau, adik iparnya ada berhasrat mahu membeli kereta namun hajatnya bagaimanapun tidak kesampaian.

“Kami dimaklumkam mengenai kejadian yang menimpa Nurina Edwin selepas pihak syarikat menghubungi salah seorang adik mangsa yang tinggal di Balakong, Selangor sebelum dia memaklumkan kepada kami.

“Kali terakhir kami berjumpa dengan masa adalah pada tiga hari lalu yang mana mangsa ada datang makan di rumah kami,” katanya ketika ditemui di bilik forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Muhammad Raffidin memberitahu, jenazah adik iparnya itu akan dikebumikan di Sarawak selepas bedah siasat selesai.

“Ketika ini kita masih menunggu pihak hospital memaklumkan keputusan ujian saringan Covid-19. Selepas itu baru, proses bedah siasat dapat dilakukan sebelum diserahkan kepada kami dan tidak dapat dipastikan bila akan selesai,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya