Mangsa banjir di Pahang meningkat - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Pahang meningkat

ANTARA mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pandan 1 di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 257 orang setakat pukul 2.30 petang ini berbanding 114 orang, semalam membabitkan enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah ini.

Portal Info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, PPS di Balai Raya Kampung Tiram, di sini, menempatkan paling ramai mangsa iaitu seramai 103 orang membabitkan 32 keluarga.

Diikuti Dewan Orang Ramai Kampung Pandan 1 (73 orang, 25 keluarga), Dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Murni Sungai Isap (59 orang, 14 keluarga), Dewan KRT Sungai Isap Satu dan Balai raya Bukit Kuin Satu (masing-masing lapan orang, dua keluarga) dan Dewan Orang Ramai Mat Kilau (enam orang, satu keluarga).

Sementara itu, portal Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan, sehingga pukul 1 petang tadi, paras air sungai di Sungai Kuantan di Pasir Kemudi dekat Sungai Lembing di sini, kini pada tahap 6.66 meter iaitu melebihi paras amaran (6.4 meter).

Empat sungai lain melepasi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Lepar, di Jambatan Gelugor dan Sungai Belat di Sri Damai, di sini, serta Sungai Gintong dan Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga di daerah Kuantan dan Pekan sehingga hari ini serta amaran waspada di daerah Jerantut, Maran, Bera dan Rompin.

Kejadian hujan lebat ini dijangka berpotensi menyebabkan banjir untuk kawasan-kawasan rendah.

Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka membadai kawasan perairan Tioman.

Kejadian itu boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya