Mana undi kami? - Utusan Malaysia

Mana undi kami?

SEBAHAGIAN peserta yang terdiri dari badan politik dan badan bukan kerajaan berkumpul di hadapan Bangunan Parlimen Malaysia sempena Himpunan Tuntut Undi 18 di sini, hari ini. -UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 anak muda bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik pembangkang berhimpun di hadapan Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini, semalam, bagi menuntut pelaksanaan Undi18 secepat mungkin.

Terdahulu, para peserta berjalan dari Padang Merbok ke bangunan Parlimen dengan membawa sepanduk ‘Undi18, Now’ sambil melaungkan ‘mana undi kami’, ‘tamat darurat’ dan ‘buka Parlimen’.

Mereka kemudian berhimpun secara aman selama 18 minit di hadapan bangunan Parlimen bagi menghormati simbolik Undi18 yang belum dilaksanakan.

Himpunan itu antara lain menuntut kerajaan memberi ruang kepada anak muda berumur 18 tahun ke atas untuk mendaftar sebagai pengundi jika masalah pendaftaran secara automatik sukar dilaksanakan.

Mereka juga menuntut agar penyelarasan bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha mendapatkan data pengundi serta pendidikan politik.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Shazni Munir berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu mengembalikan hak, suara dan undi generasi muda yang belum dilaksanakan.

“Ini (Undi18) bukan suatu kelebihan atau keistimewaan yang sewajarnya dilunaskan kerajaaan.

“Kami hadir sebagai tanda tuntutan yang sangat serius. Kami minta kerajaan agar kembalikan Undi18 yang masih belum terlaksana,” katanya ketika ditemui semasa Himpunan Tuntutan Undi18 tersebut.

Dalam pada itu, jurucakap Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) , Farhan Rosli berkata, kerajaan perlu membuka hati dan ruang kepada generasi muda berkongsi hak mereka.

Katanya, Undi18 yang dilaksanakan menunjukkan simbol ketakutan kerajaan PN.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya