Malaysia akan kekal beli vaksin AstraZeneca - Utusan Malaysia

Malaysia akan kekal beli vaksin AstraZeneca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia akan meneruskan pembelian vaksin AstraZeneca dan kekal dengan keputusan sebelum ini memandangkan tiada bukti penggunaan vaksin berkenaan menyebabkan berlaku pembekuan darah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun pihaknya akan terus memantau ujian klinikal vaksin tersebut dengan mengambil kira kesan-kesan seperti yang didakwa.

“Setakat ini tidak ada yang menunjukkan kaitan langsung antara pemberian vaksin itu dengan kes darah beku yang menyebabkan kematian.

“Namun demikian, kita masih lagi kaji perkara tersebut dan vaksin belum sampai ke Malaysia. Kita juga belum menggunakannya, tetapi dalam tempoh masa ini, kita akan terus lihat kepada data ujian klinikal berkenaan dengan kejadian-kejadian tersebut.

“Apabila pakar telah buat rumusan terhadap isu ini, kita akan umumkan nanti dan buat masa ini tiada apa-apa pendirian lain dan kita kekal untuk teruskan pembelian,” katanya dalam sidang akhbar bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di sini hari ini.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan tiada kematian dikaitkan dengan vaksin dan pembekuan darah selepas Denmark, Norway dan Iceland menangguhkan sementara penggunaan vaksin AstraZeneca.

Keputusan itu dilakukan selepas mengambil kira kebimbangan mengenai pesakit yang menunjukkan risiko berlaku darah beku selepas melakukan suntikan.

Pihak pengilang dan pemerhati perubatan Eropah bagaimanapun menegaskan vaksin terbabit selamat.

AstraZeneca, syarikat Anglo-Sweden yang membangunkan vaksin itu di Universiti Oxford sebelum ini mempertahankan keselamatan produknya.

Dalam perkembangan lain Khairy berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memutuskan untuk tidak meneruskan perolehan bekalan vaksin satu dos suntikan daripada syarikat Johnson & Johnson (J&J) dari Amerika Syarikat (AS).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya