Mahkamah tolak permohonan cabar perintah darurat - Utusan Malaysia

Mahkamah tolak permohonan cabar perintah darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dalam tempoh darurat.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid memutuskan demikian tanpa sebarang perintah berhubung kos selepas mendapati permohonan tersebut adalah remeh.

Tambah hakim itu, adalah jelas kesemua pemohon iaitu Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub (Amanah), Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul (PKR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari (DAP) tidak mempunyai sebarang kes atau fakta yang boleh dipertikaikan.

Pada 26 Januari lalu, ketiga-tiganya memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap peranan Perdana Menteri dalam perisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Mereka memfailkan permohonan untuk mencabar nasihat yang diberikan oleh Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Mereka memfailkan permohonan itu bagi membolehkan Klausa 11, 14 dan 15 Ordinan Darurat yang dikatakan tidak berperlembagaan disemak oleh mahkamah.

Permohonan ini juga bagi membolehkan kuasa-kuasa oleh Perdana Menteri dan Kabinet serta Menteri Besar, Ketua Menteri dan Exco yang dikatakan tidak dapat dipertanggungjawabkan kepada Parlimen atau DUN disemak.

Pada 12 Januari lalu, Agong memberi perkenan darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos atau lebih awal, jika jumlah kes Covid-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya