Lorong kecemasan arah utara PLUS ditutup 10 hari - Utusan Malaysia

Lorong kecemasan arah utara PLUS ditutup 10 hari

AKTIVITI penyelenggaraan jalan di lorong kecemasan dan kiri antara Bidor ke Sungkai, Perak menuju arah utara dilakukan PLUS. - IHSAN PLUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laluan lorong kecemasan dan kiri antara Bidor menuju ke Sungkai, Perak ditutup 10 hari bermula semalam bagi kerja penyelenggaraan jalan.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja penyelenggaraan itu sebagai meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

“Penutupan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan perkara yang tidak dapat dijangka ketika proses penyelenggaraan jalan tersebut antaranya membabitkan kemalangan serta bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan terlebih dahulu dengan menggunakan Aplikasi PLUS melalui paparan kamera litar tertutup (CCTV) yang dsediakan bagi tujuan mendapatkan maklumat trafik semasa bagi laluan tersebut.

Kata kenyataan itui, pengguna juga boleh meminta bantuan PLUSronda dengan menekan butang SOS pada aplikasi tersebut.

Pengguna jalan raya juga dinasihatkan mematuhi papan tanda trafik dan arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui di kawasan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya