Longkang besar tak bertutup undang bahaya - Utusan Malaysia

Longkang besar tak bertutup undang bahaya

KEADAAN longkang besar yang tidak bertutup atau diletakkan sebarang tanda amaran boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya terutama yang pertama kali melalui jalan di kawasan pekan Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Perangkap yang hanya menunggu masa untuk menjerat mangsa.

Itu situasi yang boleh disimpulkan terhadap keadaan beberapa longkang besar terbuka dengan kedalaman hampir satu meter dan lebar kira-kira 1.5 meter di pekan Penanti dekat sini.

Walaupun longkang tersebut yang berada di tepi jalan sepanjang perjalanan menuju ke Bukit Indera Muda dari arah Kubang Semang itu belum betul-betul ‘menjerat mangsanya’ setakat ini, namun penduduk serta pengguna jalan di situ bimbang dengan kemungkinan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, terdapat sekurang-kurangnya 10 longkang besar di kawasan itu yang tidak bertutup sekali gus membahayakan pengguna jalan berkenaan.

Selain tidak diletakkan tanda amaran, ada longkang di situ yang hanya diletakkan dengan tayar besar sebagai ‘pengganti’ kepada papan tanda amaran yang mengundang risiko terutama bagi pertama kali melalui jalan itu.

Seorang pengguna jalan raya, Mohd. Azharuddin Hamdan, 33, berkata, tayar keretanya hampir memasuki longkang tersebut ketika cuba meletak kenderaan berkenaan di tepi jalan, baru-baru ini.

“Ini kali pertama saya melalui jalan ini dan saya bernasib baik kerana tersedar kereta saya ketika itu telah melanggar lubang (longkang) di situ,” katanya.

Pengalaman sama turut dikongsi Halimah Ibrahim, 45, yang melalui kawasan tersebut pada sebelah malam bersama suaminya sebelum ini.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin ketika dihubungi berkata, isu itu akan dimajukan kepada pejabat jurutera daerah di Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan susulan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya