Loji rawatan air dibina di Kodiang untuk SBEZ Kota Perdana   - Utusan Malaysia

Loji rawatan air dibina di Kodiang untuk SBEZ Kota Perdana  

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Jual-Beli Tanah di Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam, Kedah Antara Syarikat Northern Gateway Free Zone Sdn Bhd dan Hartalega NSM Sdn Bhd di Kementerian Kewangan Putrajaya di sini, hari ini. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Kedah bakal membina sebuah loji rawatan air (LRA) yang baharu di Kodiang untuk Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam.

Menteri Besar negeri itu, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, fasiliti itu amat penting bagi memastikan keperluan bekalan air adalah cukup dan berada pada tahap optimum.

“Justeru, kerajaan Kedah memutuskan akan membina sebuah LRA di Kodiang sebagai jaminan kepada pelabur di zon tersebut mendapat bekalan air secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjanjian Jual Beli Tanah SBEZ Kota Perdana antara Northern Gateway Free Zone Sdn. Bhd. dan Hartalega NSM Sdn. Bhdi.

Juga hadir pada program berkenaan di sini hari ini ialah Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon.

Kawasan seluas 1,780 hektar itu akan dimajukan dalam masa terdekat dan pembangunan prasarana utama hab logistik termasuk depoh lori dijangka siap pertengahan tahun depan.  

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri itu berasa gembira apabila diberi peluang untuk membawa masuk pelaburan projek berimpak tinggi dari segi ekonomi.

“Saya mengalu-alukan pelaburan oleh syarikat pengeluar sarung tangan lateks premium terbesar di dunia ini yang akan jadi pemangkin kepada kemajuan Bukit Kayu Hitam,” jelasnya.

Beliau menambah, kerajaan Kedah komited dalam memastikan segala keperluan pelabur disediakan dengan lengkap khususnya infrastruktur utiliti asas seperti tenaga elektrik dan air.

Negeri itu juga ujar beliau, kini mula memberi perhatian dalam prasarana telekomunikasi dan liputan jaringan internet berkelajuan tinggi dengan fasiliti baik untuk menarik pelabur luar.

Menyentuh pembangunan SBEZ Kota Perdana, Muhammad Sanusi berkata, projek dirancang di situ selaras agenda dan strategi yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035.

Ini katanya, turut meliputi pewujudan Taman Teknologi dan Sains Kedah sebagai hub industri halal, makanan dan logistik yang dibangunkan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara

“Rancangan ini bakal meletakkan daerah Kubang Pasu sendiri sebagai hab pengangkutan antarabangsa dan pusat ilmu dengan adanya Universiti Utara Malaysia di situ,” tegas beliau. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya