Little Kathmandu diserbu - Utusan Malaysia

Little Kathmandu diserbu

ANTARA PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu di tiga lokasi tumpuan warga asing yang digelar 'Little Kathmandu' di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ASLIZA MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiga kawasan yang digelar ‘Little Kathmandu’ dekat Pekan Baru di sini diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu pendatang asing tanpa izin (PATI) hari ini.

Operasi pukul 11 pagi itu dijalankan di Jalan Sultan Idris Shah, Jalan Dato Onn Jaafar dan Pasar Karat atau Loken di sini yang dikatakan menjadi lokasi warga asing beriadah pada hujung minggu.

Dalam operasi tersebut, kira-kira 300 warga asing diperiksa dengan 70 orang dibawa ke Balai Polis Pekan Bharu di sini untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner A. Asmadi Abd. Aziz berkata, daripada 70 warga asing itu, 29 orang termasuk tiga wanita didapati tidak mempunyai dokumen yang sah.

Katanya, kesemua 29 orang PATI itu berusia antara 24 hingga 35 tahun.

“Hasil operasi yang dijalankan, kita telah berjaya menahan 29 individu disyaki PATI kerana tidak mempunyai dokumen yang sah dan disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, lokasi dalam operasi itu memang menjadi tumpuan warga asing terutama pada hari Ahad untuk mereka membeli barang keperluan termasuk membuat penghantaran wang.

Katanya, pemeriksaan juga dijalankan ke atas premis-premis perniagaan yang didakwa diuruskan oleh warga asing dan mendapati premis itu beroperasi dengan lesen yang sah.

“Pemeriksaan mendapati, pemilik premis menggajikan warga asing terutama dari Nepal sebagai pekerja.

“Pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga telah menjalankan pemeriksaan ke atas papan tanda yang menggunakan bahasa asing dan mengambil tindakan terhadap kesalahan tersebut,” katanya.

Operasi selama dua jam itu disertai 142 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Jabatan Imigresen Perak, Bahagian Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN), MBI dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak.

Utusan Malaysia pada 22 Mac lalu melaporkan, Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Dato Onn Jaafar di kawasan pekan baru di sini bertukar wajah setiap kali hari minggu apabila kawasan itu ‘ditawan’ dengan kebanjiran warga asing terutama Nepal.

Warga asing didapati me­nguasai kawasan berkenaan sehingga ada yang menjadi tauke di lebih 20 premis perniagaan di dua lokasi tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya