Lindungi syarikat lori, 8 staf JPJ Kedah ditahan - Utusan Malaysia

Lindungi syarikat lori, 8 staf JPJ Kedah ditahan

ANGGOTA SPRM membawa lapan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah bagi mendapatkan perintah reman kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah di Kompleks Mahkamah Alor Setar. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah bagi membantu siasatan berhubung rasuah membabitkan syarikat pengangkutan.

Turut ditahan dalam operasi sekitar bandar raya ini dan Kulim pada pukul 8.25 pagi hingga 7.45 malam semalam ialah seorang pesara.

Menurut sumber, penahanan membabitkan tujuh lelaki dan seorang perempuan yang berkhidmat dengan agensi penguat kuasa tersebut selain dua orang awam.

Katanya, mereka yang berusia 29 hingga 63 tahun itu disyaki menerima dan memberi suapan membabitkan pengusaha serta pekerja syarikat pengangkutan.

“Perbuatan itu dipercayai sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas lori milik syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata sumber itu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (A) (a) dan 16 (A) (b) Akta SPRM 2009 dan kesemua mereka direman selama lima hari.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Wan Nor Fadzillah Wan Ibrahim setelah mendapat permohonan SPRM.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap mengesahkan penahanan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN