PETALING JAYA: Lima mangsa dipercayai terperangkap di bawah runtuhan jejambat Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dalam kejadian sebentar tadi.
Kesemua mangsa tersebut dipercayai berada dalam sebuah van kilang.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 kira-kira pukul 5.58 petang.
“Susulan itu, lima jentera dari Balai Bomba Penyelamat Sungai Besi, Hang Tuah, Bandar Tun Razak dan Cheras dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Identiti kesemua mangsa masih belum dipastikan dan operasi menyelamat giat dilalukan di lokasi,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE