Lima termasuk empat sekeluarga maut - Utusan Malaysia

Lima termasuk empat sekeluarga maut

KEADAAN kereta jenis Chevrolet yang terlibat kemalangan maut di Kilometer 334 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu di Raub, Pahang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Sepasang suami isteri dan dua anak mereka antara lima yang maut selepas kereta jenis Chevrolet dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 334 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu di sini semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu pemandu kereta Chevrolet, Muhamad Fadzli Aming, isterinya Nur Asyitah Abu Samah, dan dua anaknya, Muhammad Iqmal dan Irina Nur Qhalesya serta seorang penumpang pacuan empat roda, Wan Syahrul Munif Wan Jaffar.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Kama Azural Mohamed berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.15 petang semalam.

Jelasnya, ia dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berkenaan yang datang dari arah Kuala Lumpur hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, berlaku pertembungan antara dua kenderaan ini di bahagian hadapan yang mana akibat kemalangan ini penumpang hadapan pacuan empat roda dan penumpang hadapan kereta meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu serta seorang penumpang belakang kereta meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raub manakala seorang lagi penumpang belakang kereta meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Lipis,” katanya di sini hari ini.

Menurut Kama Azural, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berasal daripada Kota Bharu, Kelantan dan mengalami kecederaan di bahagian tangan masih ditahan di wad kecemasan Hospital Raub.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya