Lelaki Thai ditahan ceroboh Taman Negeri Royal Belum - Utusan Malaysia

Lelaki Thai ditahan ceroboh Taman Negeri Royal Belum

LELAKI warga Thailand yang ditahan kerana menceroboh dan memburu di Taman Negeri Royal Belum di Gerik pada Sabtu lalu. - UTUSAN/PERHILITAN PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seorang lelaki warga Thailand yang menceroboh Taman Negeri Royal Belum di sini dan melakukan aktiviti berburu haiwan ditahan Sabtu lalu.

Lelaki berusia 19 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu oleh Renjer Perbadanan Taman Negeri Perak dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.

Pengarah Perbadanan Taman Negeri Perak, Mohamed Shah Redza Hussein berkata, pencerobohan di kawasan itu dikesan melalui rondaan oleh pasukan renjer.

Katanya, serbuan di lokasi berupa kem haram itu segera dijalankan dengan bantuan Perhilitan Perak.

“Dalam serbuan itu, seorang lelaki ditangkap manakala rakannya berjaya meloloskan diri. Usaha mengesannya sedang dijalankan.

“Pemeriksaan di lokasi menemukan 1.9 kilogram sisik tenggiling, enam jerat dan kayu gaharu. Kesemua barang dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut beliau, siasatan mendapati lelaki yang ditahan itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Suspek yang mendakwa berusia 19 tahun ditahan 14 hari untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya