Lelaki terjun sungai selepas dikejar ditemukan mati lemas - Utusan Malaysia

Lelaki terjun sungai selepas dikejar ditemukan mati lemas

ANGGOTA bomba membawa naik mayat mangsa lemas yang ditemukan tersangkut di dasar sungai di Kampung Paloh, Arau, Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Lelaki yang nekad terjun ke dalam sungai selepas dikejar oleh penduduk kampung ditemukan mati lemas di Sungai Paloh, Kurang Anai di sini hari ini.

Mangsa, Mohd. Izuan Muhammad,33, sebelum itu dikatakan terlibat dengan kes pecah rumah seorang penduduk di kampung berkenaan.

Mayat lelaki berkenaan ditemukan tersangkut di dasar sungai tersebut kira-kira pukul 11.36 pagi oleh anggota bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Nanda Maarof berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian pecah rumah di kampung berkenaan.

Katanya, difahamkan suspek melarikan diri selepas dikejar dan bertindak nekad terjun ke dalam sungai tersebut kira-kira pukul 3.50 pagi.

“Mangsa didapati tidak timbul selepas itu dan dipercayai lemas. Mangsa yang berasal dari Kampung Kuala Sungai Yan, Kedah itu ditemukan tersangkut di dasar sungai.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Ruhisha Haris berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 4.38 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat dimulakan dengan kaedah pencarian di permukaan air sementara menunggu waktu siang atas faktor keselamatan.

“Pada pukul 10 pagi Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) tiba dan penyelam mula mencari mangsa kira-kira 30 minit sebelum mangsa akhirnya ditemukan pada pukul 11.36 pagi.

“Mangsa ditemukan tersangkut di dasar sungai kira-kira 20 meter daripada lokasi dia terjun. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya