Lelaki mengaku tidak bersalah bunuh ibu saudara - Utusan Malaysia

Lelaki mengaku tidak bersalah bunuh ibu saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya pada 4 Mac lalu.

Tertuduh, G. Gobinathan 45, dari Bandar Seri Jempol, Jempol membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Muhammad Hidayat Wahab.

Lelaki yang bekerja sendiri itu didakwa menyebabkan kematian A. Nirmala, 51, di Kampung Dusat, Jempol antara pukul 7.30 malam, 3 Mac hingga 3.30 pagi 4 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Muhammad Hidayat kemudiannya menetapkan 16 April depan bagi laporan kimia dan bedah siasat.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 15 Mac lalu, Utusan Online melaporkan polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat ibu saudaranya di sebuah rumah di Kampung Dusat Ayer Hitam, Jempol, 4 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, suspek diberkas selepas polis mendapati banyak percanggahan terhadap keterangan yang diberikanya.

Mayat mangsa berusia 51 tahun itu ditemukan pada pukul 11.56 pagi dalam keadaan terbaring di atas tilam di hadapan pintu masuk dalam rumah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya