Lelaki maut langgar lembu melintas - Utusan Malaysia

Lelaki maut langgar lembu melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor lembu betina yang melintas Jalan Bukit Bulat di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam itu, Abdul Bahrin Hamid, 59, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dalam perjalanan dari arah Hutan Percha menghala ke Felda Solok Menggong.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai tidak sempat mengelak seekor lembu yang berada di laluannya dan melanggar haiwan tersebut.

“Rempuhan itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Arshad berkata, siasatan di lokasi kejadian turut menemukan lembu tersebut yang masih hidup, selain terdapat kesan geseran dan serpihan di tempat kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya