Lelaki lemas di Tasik Kenyir baharu lapan hari berkahwin - Utusan Malaysia

Lelaki lemas di Tasik Kenyir baharu lapan hari berkahwin

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Petuang, Tasik Kenyir di sini baharu lapan hari melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya pada 21 Mac lalu.

Menurut abang sulung mangsa, Amir Amizi Abu Bakri, 33, adiknya, Ami Azzizol, 22, berkunjung ke destinasi pelancongan itu bagi menghabiskan cuti hujung minggu bersama isteri, Syarifah Ramli, 21, dan keluarga mentua kira-kira pukul 1 petang semalam.

Katanya, pasangan pengantin baharu dari Dungun itu melangsungkan pernikahan di Pejabat Agama daerah pada Ahad lalu dan majlis menyambut menantu turut diadakan pada tarikh sama.

“Saya dapat tahu kejadian menimpa adik pada pukul 8 malam semalam dan terus bergegas ke Tasik Kenyir bersama beberapa ahli keluarga lain.

“Kami sekeluarga benar-benar terkejut dengan kejadian itu dan berharap adik dapat ditemukan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang semalam, mangsa dari Kampung Sungai Buaya, Dungun dikatakan berenang ke sungai berkenaan tanpa memakai jaket keselamatan.

Kejadian lemas itu disaksikan oleh isteri mangsa di samping sepupunya, Ahmad Farud Rahmad dan anak pemilik rumah rakit tempat mereka menginap.

Mangsa dipercayai mengalami kekejangan otot ketika mandi dan usaha menyelamatkannya turut menemukan jalan buntu.

Amir Amizi berkata, mereka sekeluarga akan mengadakan solat hajat memohon petunjuk Ilahi agar urusan pencarian adik bongsunya daripada lapan beradik itu dipermudahkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya