Lelaki ditahan bersama 41 bungkus air ketum - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan bersama 41 bungkus air ketum

BUNGKUSAN air dan daun ketum belum diproses yang dirampas dalam serbuan Op Tapis di sebuah rumah di Membaga, Bentong, di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Lelaki ditahan bersama 41 bungkus air ketum dalam satu serbuan ‘Op Tapis’ oleh sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di sebuah rumah di Felda Mempaga di sini kira-kira pukul 7.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihaknya mendapati suspek berusia 31 tahun itu turut memiliki enam bungkusan plastik berisi daun ketum yang belum diproses dengan anggaran berat 26.4 kilogram.

Katanya, daripada hasil tangkapan tersebut, dianggarkan keseluruhan bernilai RM2,000. 

“Ketika serbuan, polis turut merampas peralatan disyaki digunakan untuk memproses air ketum termasuk periuk, dapur dan tong gas.

“Berdasarkan siasatan awal, mendapati suspek bergiat aktif melakukan pengedaran dadah di kawasan sekitar Bentong dan Mempaga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zaiham berkata, suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. 

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu, Zaiham berkata, pihaknya berterima kasih kepada orang awam yang membantu menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah khususnya dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah dan air ketum di daerah itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya