Lelaki didakwa miliki 106 butir peluru secara tidak sah - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa miliki 106 butir peluru secara tidak sah

A. SANTERAN, 54, dituduh di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang hari ini atas dakwaan memiliki sebanyak 106 butir peluru pelbagai jenis tanpa lesen atau kebenaran sah daripada mana-mana pihak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dakwaan memiliki sebanyak 106 butir peluru pelbagai jenis tanpa lesen atau kebenaran sah daripada mana-mana pihak.

Tertuduh, A. Santeran, 54, meminta untuk dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Rosnee Mohd. Radzuan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki sebanyak 53 butir peluru 9mm, 48 butir peluru 9×9 Bigs, tiga butir peluru 9mm Luger dan dua butir peluru Thai Arms secara tidak sah di kawasan pantai di Batu Ferringhi di sini, kira-kira pukul 6.30 petang 12 Mac lalu.

Pertuduhan terhadapnya dibuat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan dia turut mempunyai kes lain di Mahkamah Sesyen di sini dan menetapkan 27 April ini sebagai tarikh sebutan semula dan serahan dokumen.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azlin Zeti Zainal Abidin manakala peguam tertuduh tidak kelihatan meskipun dia mengakui diwakili peguam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya