Lelaki buat ‘kecoh’ di restoran - Utusan Malaysia

Lelaki buat ‘kecoh’ di restoran

KEADAAN restoran di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur selepas beberapa lelaki dikatakan mengamuk akibat tidak boleh membuat pesanan makanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara tidak dapat makan, sekumpulan lelaki bertindak membuat kecoh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan dekat sini semalam dengan membaling kerusi dan meja.

Tindakan kumpulan berkenaan yang dilihat mengamuk itu tular dalam media sosial.

Video itu menunjukkan beberapa lelaki dilihat membaling kerusi dan meja milik restoran berkenaan.

Difahamkan, kejadian berlaku akibat kumpulan itu tidak berpuas hati kerana gagal memesan makanan.

Warganet yang berada di lokasi mendakwa kumpulan itu datang ke restoran berkenaan untuk makan pada 9.30 malam.

Namun, permintaan mereka tidak dilayan kerana restoran dalam persediaan untuk menutup operasi.

Akibat tidak berpuas hati, beberapa lelaki mengamuk dan dipercayai melakukan kekecohan di premis tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya