Lebih ramai golongan sasar dibantu miliki rumah - Utusan Malaysia

Lebih ramai golongan sasar dibantu miliki rumah

SAARANI Mohamad (tengah) melihat replika Rumah Mesra Rakyat (RMR) pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Yayasan Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Lebih ramai golongan sasar yang layak akan dibantu untuk memiliki Rumah Mesra Rakyat (RMR) menerusi kerjasama antara Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bersama Yayasan Perak.

Inisiatif kerajaan negeri Perak ini bakal menyaksikan lebih 200 unit kediaman sedemikian akan dibina melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, menerusi kerjasama ini pemohon hanya perlu membayar 70 peratus kos pembinaan manakala selebihnya dibiayai oleh SPNB.

Menurut beliau, RMR Perakku Prihatin ini khusus untuk golongan berpendapatan rendah atau B40 ke bawah serta menepati syarat yang ditetapkan oleh Yayasan Perak.

“Kerajaan negeri berbesar hati apabila pihak SPNB sudi menjalinkan kerjasama kerana sebelum ini projek RMR dijalankan oleh Yayasan Perak secara sendirian.

“Misalnya jika dulu kita bina rumah bersaiz 800 meter persegi berharga RM50,00 tetapi dengan kerjasama ini kita boleh bina rumah lebih besar dengan sebahagian kos dibiayai SPNB.

“Ini sudah pasti mengungkang rakyat (pemohon) selain kita boleh membina lebih banyak rumah kerana mempunyai lebihan peruntukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pembangunan RMR SPNB di Hotel Casuarina di sini hari ini.

MoU dimeterai antara SPNB bersama Yayasan Perak dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Perak (PKMM).

Pada majlis tersebut SPNB diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Hasleen Isnin manakala Yayasan Perak diwakili Pengerusinya, Datuk Tarmizi Idris dan PKMM oleh Yang Dipertua, Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim.

Pembabitan PKMM pula adalah untuk memberi peluang pekerjaan kepada kontraktor kelas F yang berpengalaman bagi pembinaan rumah tersebut.

Sementara itu, Hasleen memberitahu, SPNB menjangka dapat membina tambahan 181 unit RMR Perakku Prihatin sebanyak 240 unit di Perak.

Katanya, ini adalah selari dengan objektif kedua-dua pihak iaitu menyediakan lebih banyak kediaman yang selesa dan mampu dimiliki bagi penduduk negeri Perak khususnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya