Lebih 6,500 Agropreneur Muda jana pendapatan lumayan - Utusan Malaysia

Lebih 6,500 Agropreneur Muda jana pendapatan lumayan

AHMAD Hamzah menyerahkan cek GAM di merasmikan Kursus Agropreneur Muda Rancangan Perniagaan di Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lebih 6,500 usahawan di bawah program Agropenuer Muda kini berjaya meraih pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan di bawah sektor agro makanan. 

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, sejak diperkenalkan pada 2016, kira-kira 95 peratus daripada jumlah 6,908 usahawan Agropenuer Muda masih aktif. 

Beliau berkata, kesemua 6,562 itu masih menunjukkan peningkatan pendapatan konsisten lebih RM5,000 sebulan merangkumi empat sektor utama iaitu pertanian, perikanan, penternakan dan pemprosesan. 

“Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, seramai 6,562 usahawan masih aktif dan mereka ini telah mencapai pendapatan lebih RM5,000 secara konsisten setiap bulan. 

“Hanya lima peratus daripada peserta telah didapati tidak lagi aktif berikutan pelbagai kekangan termasuk beralih bidang,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Agropreneur Muda Rancangan Perniagaan dan menyampaikan replika cek kepada 26 Agropreneur Muda di daerah Jasin.

Pada program itu, seramai 26 usahawan menerima Geran Agropreneur Muda (GAM) daerah Jasin menerima geran dengan nilai kelulusan sebanyak RM506,700.

Dalam ucapannya, beliau turut menekankan bidang penanaman cili secara fertigasi kepada peserta kerana hasil tanaman itu kian mendapat permintaan dalam pasaran tempatan. 

Terdahulu, beliau berkata, sepanjang tahun lalu sejumlah 1.15 juta ringgit GAM telah diluluskan meliputi seramai 60 usahawan anak Melaka. 

“Kita masih membuka permohonan baru menerusi peruntukan keseluruhan RM15 juta yang disediakan pada tahun ini, dengan syarat pemohon perlu menyediakan pelan perniagaan dan kita akan semak sama ada peserta itu mempunyai pengetahuan yang cukup atau memerlukan bimbingan. 

“Bahkan geran yang kita berikan adalah berdasarkan keperluan untuk mereka meneruskan usaha sama ada diberikan barangan atau barang-barang pertanian seperti baja dan sebagainya,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN