Lebih 500,000 sudah terima vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Lebih 500,000 sudah terima vaksin Covid-19

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pemberian dos vaksin Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 510,976 dengan dos pertama berjumlah 436,687 dan dos kedua pula 74,289.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, Selangor merekodkan pemberian vaksin tertinggi dos pertama dengan 60,521 individu diikuti Perak (49,528 individu) Sabah (41,415 individu ) Kuala Lumpur (32,126 individu ) dan Sarawak (36,244 individu ).

Katanya, jumlah di Pahang pula mencatatkan seramai 33,320 individu, Johor (32,126 individu), Kedah (26,310 individu ), Pulau Pinang (31,189 individu ), Kelantan (19,755 individu ), Negeri Sembilan (21,017 individu) dan Terengganu (20,055 individu).

“Sementara itu di Melaka seramai 11,094 individu menerima vaksin, Perlis (9,530 individu), Putrajaya (4,612 individu) dan Labuan 2,345 indvidu,” katanya dalam Twitter beliau hari ini.

Dalam fasa pertama program imunisasi yang bermula 24 Februari lalu, sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan disasarkan menerima vaksin.

Fasa kedua pula melibatkan kumpulan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 iaitu warga emas dan golongan rentan berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU) melibatkan 9.4 juta orang.

Bagi fasa ketiga pula, baki penerima vaksin merupakan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula dari Mei 2021 hingga Februari 2022. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya