Lebih 320,000 individu terima dos pertama vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Lebih 320,000 individu terima dos pertama vaksin Covid-19

ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 321,331 individu dalam kalangan petugas barisan hadapan menerima dos pertama vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sehingga semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, Selangor merekodkan pemberian vaksin tertinggi dengan 38,632 individu diikuti Perak (34,666); Sarawak (32,028); Sabah (30,433) Kuala Lumpur sebanyak 29,937 orang.

Katanya, jumlah di Pahang pula mencatatkan seramai 25,525 individu, Johor (24,749), Kedah (21,171), Pulau Pinang (18,465), Kelantan (15,877), Terengganu (14,949) dan Negeri Sembilan sebanyak 12,865 orang.

“Sementara itu, di Melaka seramai 8,251 individu menerima vaksin, Perlis (7,276), Putrajaya (4,165) dan Labuan sebanyak 2,342 orang,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Dalam fasa pertama program imunisasi yang bermula 24 Februari lalu, sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.

Fasa kedua pula akan melibatkan kumpulan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 iaitu warga emas dan golongan rentan berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kelainan upaya (OKU) melibatkan 9.4 juta orang.

Bagi fasa ketiga pula, baki penerima vaksin merupakan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula dari Mei 2021 hingga Februari 2022.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN