Lapan buah motosikal terbakar - Utusan Malaysia

Lapan buah motosikal terbakar

SEBANYAK lapan buah motosikal terbakar dengan lima daripadanya hangus sepenuhnya dalam kejadian di parkir flat Blok 362, Lebuh Maccalum, Georgetown, Pulau Pinang awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penduduk di Blok 362, Lebuh Maccalum di sini cemas selepas dikejutkan dengan kebakaran melibatkan lapan buah motosikal yang diletakkan di kawasan parkir terbuka di bawah flat berkenaan awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi ketika penghuni flat terbabit sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan dan bau asap api dari pekarangan flat.

Difahamkan, motosikal yang musnah itu adalah jenis Honda EX5, Modenas Kriss dan Yamaha Lagenda.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Mohamad Yahaya Murad ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 2.10 pagi dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik sahaja sampai di lokasi didapati api terlebih dahulu dipadamkan penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak lima buah motosikal hangus manakala tiga lagi dalam keadaan separuh terbakar.

“Semasa itu, dikatakan hanya seorang pemilik motosikal sahaja yang turun ke lokasi kejadian manakala yang lain adalah penduduk yang sama-sama membantu memadamkan kebakaran,” katanya.

Beliau memberitahu, punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan Forensik Bomba dan terdapat sistem kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran dengan lokasi kejadian.

Tambahnya, operasi memadamkan kebakaran turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Perak Lane dan Paya Terubong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya