Langkawi tetap jadi tarikan pelabur - Utusan Malaysia

Langkawi tetap jadi tarikan pelabur

DR.. Mahathir Mohamad meninjau suasana dan beramah mesra dengan pengunjung di Pantai Chenang hari ini. UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Jumlah pelabur yang berminat menanam modal di pulau peranginan ini masih tinggi walaupun negara masih bergelut dengan penularan Covid-19.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, walaupun jumlah kedatangan pengunjung di Langkawi masih rendah, namun, pelabur percaya industri pelancongan di pulau legenda itu berpotensi pada masa hadapan.

Menurutnya, kebanyakan pelabur terbabit menyatakan minat untuk membangunkan hotel dan pusat membeli belah dan ‘factory outlet’.

“Banyak orang yang berminat untuk melabur di Langkawi walaupun waktu ini tidak ada pelancong, mereka (pelabur) mempunyai harapan besar untuk masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan walkabout di Pantai Chenang di sini, semalam.

Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, pihak berkuasa yang bertanggungjawab juga diharapkan dapat meluluskan pelaburan tersebut dalam masa yang cepat.

“Langkah tersebut penting supaya Langkawi selepas ini sudah boleh terima ramai pelancong, kita telah bersedia,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah kemasukan pelancong di Langkawi pada tahun ini sukar untuk disasarkan kerana keadaan Covid-19 sukar diramal bila akan reda sepenuhnya.

“Namun, saya percaya jumlah kehadiran pelancongan di Langkawi akan meningkat selepas ramai dalam kalangan penduduk negara ini menerima suntikan vaksin Covid-19 kali kedua,” ujarnya.

Statistik jumlah pelancong yang berkunjung di Langkawi yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) pada tahun 2020 ialah seramai 1.8 juta orang dan kebanyakannya merupakan pelancong demostik.

Jumlah pelancong tersebut berkurangan berbanding kehadiran pengunjung yang direkodkan pada tahun 2019 iaitu seramai 3.9 juta orang. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya