Langgar SOP: Penganjur, tetamu pertunjukan fesyen dicari polis - Utusan Malaysia

Langgar SOP: Penganjur, tetamu pertunjukan fesyen dicari polis

PERTUNJUKAN fesyen di Damansara Perdana Rabu lalu yang didakwa melanggar prosedur operasi standard.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan penganjur dan tetamu yang hadir dalam sebuah pertunjukan fesyen di Damansara Perdana di sini Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, semakan video tular menunjukkan kesemua tetamu dalam majlis tersebut telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Siasatan mendapati penganjur telah memuat naik pelbagai gambar sepanjang berlangsungnya majlis yang dihadiri kira-kira 50 tetamu.

“Tetamu juga dikesan tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal. Ini melanggar SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Tambahnya, pihak polis juga akan membuat semakan daftar kehadiran melalui aplikasi MySejahtera.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 22 (a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Minggu lalu, tular video menunjukkan sebuah pertunjukan fesyen jenama tempatan yang mendapat kecaman wargenet.

Dakwa warganet, pertunjukan itu didapati tidak mengikut SOP dengan tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya