LADA perkenal tujuh laluan berbasikal di Langkawi - Utusan Malaysia

LADA perkenal tujuh laluan berbasikal di Langkawi

MOHD. Suhaimi Abdullah (dua dari kiri) bersama Hezri Adnan (kiri) melancarkan trek berbasikal di Kuala Sungai Melaka, Langkawi, hari ini. -UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) memperkenalkan tujuh laluan berbasikal di sekitar pulau peranginan itu di bawah Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi (Helang) sebagai salah satu inisiatif pelancongan berfokus.

Pengerusi Bersama Jemaah Pengarah LADA, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah berkata, konsep yang dikenali sebagai ‘Langkawi Cyclotourism’ itu adalah konsep melancong dengan berbasikal.

Menurutnya, tujuh laluan tersebut adalah Legendary Route, Ironman Route, Gunung Raya Route, 99Bikes MTB Trail, Chengkuan MTB Trail, Bukit Sawak Trail dan Buffalo Park Trail.

“Pelancong yang menggunakan basikal di laluan itu akan dapat meneroka keindahan alam semula jadi dan mendekati budaya serta cara hidup masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan trek berbasikal di Kuala Sungai Melaka, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Dr. Hezri Adnan.

Pembukaan trek berbasikal sejauh 2.4 kilometer (km) itu merupakan salah satu inisiatif LADA bersama Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran Langkawi dan komuniti setempat bagi menjayakan program Langkawi Cyclotourism.

Mohd. Suhaimi berkata, Langkawi berpotensi sebagai pelopor kepada konsep melancong dengan berbasikal kerana pulau ini sebelum ini juga dikenali sebagai destinasi penganjuran acara pelancongan berbasikal bertaraf antarabangsa seperti Ironman Malaysia Langkawi dan Le Tour de Langkawi.

“LADA juga akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf kemudahan asas bagi menarik lebih ramai penggemar aktiviti berbasikal yang menelan belanja kira-kira RM80,000,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, LADA juga melancarkan risalah maklumat asas berkaitan trek berbasikal itu yang boleh didapati di laman web LADA.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya