KUALA LUMPUR: Suasana hadapan bangunan Parlimen hari ini riuh dengan himpunan kumpulan anak muda dan pertubuhan bukan kerajaan yang menuntut Undi18 dilaksanakan secepat mungkin.
Mengikut jurucakap himpunan, mereka berada selama 18 minit di situ sinonim dengan Undi18 sambil melaungkan ‘tamat darurat’ dan ‘buka parlimen’.
Katanya, himpunan tersebut diadakan di hadapan bangunan parlimen berikutan parlimen yang meluluskan tetapi masih tidak melaksanakannya. – UTUSAN ONLINE