Krisis air sejak tiga tahun lalu, penduduk kecewa mahu jual rumah - Utusan Malaysia

Krisis air sejak tiga tahun lalu, penduduk kecewa mahu jual rumah

TEKANAN air yang terlalu perlahan atau ada kalanya tidak ada langsung menyukarkan penduduk Taman Seri Putera di Nibong Tebal, Pulau Pinang untuk melakukan aktiviti seharian termasuk kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Buntu selepas sering berdepan krisis air.

Demikian dihadapi lebih 200 penduduk di Taman Seri Putera di sini dengan krisis air yang tidak menentu sejak tiga tahun lalu.

Masalah keperluan asas itu ternyata menyusahkan kehidupan mereka terutama yang mendiami rumah dua tingkat jenis ‘town house’ yang dibangunkan sejak 2014 sehingga ada dalam kalangan penduduk berhasrat menjual rumah kerana terlalu kecewa.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Putera, Zihan Jaafar, 40, berkata, bukan sekali malah ada penduduk yang pernah membuat aduan sehingga lima kali berhubung isu itu kepada pihak berkenaan.

Namun katanya, jawapan balas yang diterima sering kali menghampakan.

“Masalah ini (bekalan air) tidak pernah berlaku sebelum ini, namun menjadi serius selepas beberapa fasa perumahan baharu dibangunkan di sini sejak tiga tahun lalu.

“Kebanyakan yang terkesan ialah mereka yang tinggal di tingkat atas kerana tekanan air yang sampai terlalu rendah hingga ada kalanya tidak ada air langsung,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas Zihan, pemaju kawasan perumahan telah sedia maklum mengenai isu tersebut, namun difahamkan menunggu hasil siasatan Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang untuk mengetahui punca sebenar masalah itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya