‘Kluster mahkamah’ benteng terakhir UMNO - Utusan Malaysia

 ‘Kluster mahkamah’ benteng terakhir UMNO

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Secara jelas Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan perpecahan dalaman UMNO iaitu ‘kluster kuasa’, ‘kluster broker’ dan beliau sendiri yang dilabelkan sebagai ‘kluster mahkamah’.

Mengakui beliau kini sedang diserang, Zahid berkata dia dan beberapa pimpinan lain sedang diasak supaya berundur bagi menyelamatkan UMNO.

“Mereka kata ‘kluster mahkamah’ sila berundur konon demi selamatkan UMNO. Tetapi hairan rata-rata mereka ini penyokong ‘kluster kuasa’. Mereka yang anti-UMNO.

“Kluster cari makan’ yang juga dikenali sebagai ‘kluster broker’ tambah garam. Mujur ahli dan penyokong UMNO dapat hidu tipu muslihat kluster-kluster ini,” katanya.

Zahid menggambarkan ‘kluster kuasa’ sebagai mereka yang takut kehilangan kuasa dan kluster broker’ sebagai mereka yang takut kehilangan jawatan masing-masing.

Mereka kini sedang berusaha supaya tidak berpecah dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana keputusan itu akan merugikan parti, namun dalam masa yang sama pihak berkenaan sebenarnya merupakan penyokong Bersatu.

Bagaimanapun, jelas Zahid ‘kluster mahkamah’ inilah merupakan benteng terakhir UMNO bagi menyelamatkan parti itu daripada dihasut pihak tidak bertanggungjawab.

“Lagipun lebih 3 juta ahli dan penyokong Umno tahu ‘kluster mahkamah’ inilah ‘last defend’ UMNO.

 “Mereka tahu sebab itu ‘kluster kuasa’ dan ‘kluster broker’ bersungguh-sungguh menghasut. Berusaha meracuni fikiran mereka supaya menolak pemimpin ‘kluster mahkamah’,” katanya lagi. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya