Khemah, peralatan berniaga penjaja rosak dipukul ribut - Utusan Malaysia

Khemah, peralatan berniaga penjaja rosak dipukul ribut

KIRA-KIRA 30 penjaja di tepi jalan di Kayangan, Kepala Batas, Pulau Pinang berdepan detik cemas selepas khemah dan peralatan berniaga mereka diterbangkan angin kencang dan ribut dalam kejadian petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Kira-kira 30 buah khemah penjaja di tepi jalan di Kayangan di sini rosak akibat diterbangkan angin kencang dan ribut dalam kejadian petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa namun peniaga terlibat berdepan kerugian selepas peralatan berniaga mereka turut rosak.

Peniaga tauhu begedil, Wan Mohd. Mustaqim Wan Azizan, 33, berkata, kejadian ribut itu berlaku begitu pantas dan dia serta peniaga lain hanya mampu menyelamatkan diri.

“Ketika kejadian saya pulang ke rumah seketika dan dimaklumkan isteri mengenai kejadian itu dan ketika kembali semula ke gerai kami, semua peralatan berniaga dan khemah musnah diterbangkan ribut.

“Kejadian seperti ini kerap berlaku di sini, tetapi kali ini yang paling teruk apabila kesemua peralatan dan makanan yang dijual rosak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, kejadian berkenaan tular di dalam media sosial apabila rakaman video yang memaparkan beberapa khemah peniaga rosak dan musnah di tempat kejadian dikongsikan orang ramai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya