Ketua Wanita UMNO Rasah meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ketua Wanita UMNO Rasah meninggal dunia

HAPSAH HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ketua Wanita Umno Bahagian Rasah, Hapsah Hamid, 75, meninggal dunia selepas menghidap ketumbuhan otak sejak tiga tahun lalu.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 5 pagi tadi di rumah anaknya di Kampung Jiboi Baru, Ampangan dekat sini.

Menurut cucunya, Faiqah Khairul Azam, 25, Allahyarham mengalami demam sejak dua hari lalu dan baru sahaja selesai menjalani pembedahan ketumbuhan otak yang dihadapi di Hospital KPJ Damansara, Selangor tiga minggu lepas.

Katanya, sepanjang tiga tahun menghidap penyakit ketumbuhan tersebut, Allahyarham telah tiga kali menjalani pembedahan.

“Allahyarham sudah tiga kali menjalani pembedahan namun masih ada lagi tumor, Allahyarham meninggalkan lima orang anak iaitu tiga orang perempuan dan dua orang lelaki,” katanya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Rasah, Datuk Hasim Rusdi menyifatkan pemergiaan Hapsah itu sebagai satu kehilangan besar.

“Tentunya ia kehilangan besar dan UMNO Rasah amat merasainya. Allahyarham telah menjalankan tugas dengan sangat baik sepanjang lima penggal mimikul tanggungjawab dan memimpin Wanita UMNO Rasah,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN