PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 1,302 kes positif Covid-19 sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 1,137 kes.
Sebanyak empat kematian direkodkan manakala kes aktif pula 14,380 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 169 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 76 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Sarawak pula menunjukkan peningkatan kes dengan merekodkan 426 kes diikuti Selangor, 256 kes; Pulau Pinang, 212 kes dan Johor, 176 kes.
“Baki negeri merekodkan kes dua angka manakala Negeri Sembilan, sembilan kes; Labuan, enam kes; Melaka, lima kes; Terengganu, dua kes; Putrajaya, dua kes dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.