Kes positif atasi kes sembuh - Utusan Malaysia

Kes positif atasi kes sembuh

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sebanyak 1,671 kes baharu positif Covid-19 sekali gus mengatasi kes sembuh sebanyak 1,585 kes sembuh.

Sebanyak empat kematian direkodkan dengan kes aktif iaitu 14,442 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 151 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 64 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor merekodkan pertambahan sebanyak 652 kes diikuti Pulau Pinang, 328 kes; Sarawak, 154 kes; Johor, 130 kes dan Sabah, 102 kes.

“Baki negeri lain merekodkan kes dua angka iaitu Kuala Lumpur, 78 kes; Kelantan, 63 kes; Kedah, 46 kes; Perak, 37 kes; Terengganu, 32 kes; Negeri Sembilan, 25 kes dan Melaka, 18 kes.

“Empat negeri pula Pahang, tiga kes; Labuan, tiga kes; Putrajaya, sifa kes dan Perlis juga, sifar kes, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN