kes positif 1,280 kes; 9 kluster; 9 kematian - Utusan Malaysia

kes positif 1,280 kes; 9 kluster; 9 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kes positif Covid-19 terus merekodkan penurunan hari ini, iaitu 1,280 kes dengan sembilan kematian dan sembilan kluster.

Bagaimanapun, kes sembuh merekodkan melebihi 2,000 kes iaitu 2,345 kes manakala kes aktif turut menunjukkan penurunan iaitu 18,704 kes berbanding semalam, 19,778 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 155 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 76 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus merekodkan kes tertinggi iaitu 464 kes diikuti Johor, 165 kes; Sarawak, 163 kes; Pulau Pinang, 143 kes dan Kuala Lumpur, 119 kes.

“Baki negeri hanya merekodkan kes dua angka manakala Putrajaya, tiga kes; Pahang, dua kes; Perlis, satu kes serta Labuan dan Melaka, masing-masing sifar kes.

“Kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Selangor manakala Kuala Lumpur, Terengganu, Perak, Sabah, dan Sarawak, masing-masing satu kes dengan seramai lapan warga tempatan dan satu warga asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN