Kertas siasatan pelanggaran SOP di Konvensyen DAP dirujuk Timbalan Pendakwa Raya - Utusan Malaysia

Kertas siasatan pelanggaran SOP di Konvensyen DAP dirujuk Timbalan Pendakwa Raya

MIOR FARIDALATHRASH WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kertas siasatan insiden kekecohan pada Konvensyen DAP Perak di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), di sini Ahad lalu, akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja lengkap.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini, pihaknya telah memanggil penganjur untuk mendapatkan maklumat lengkap termasuk jumlah kehadiran perwakilan ke konvensyen tersebut.

Katanya, siasatan mendapati kehadiran perwakilan adalah seramai 1,731 orang iaitu kurang berbanding kapasiti dewan berjumlah 4,500 orang.

“Beberapa foto dan video yang diperoleh sedang dianalisis bagi mengenal pasti individu-individu dan kesalahan-kesalahan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa kekecohan dan pada konvensyen tersebut.

“Kertas siasatan kes ini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya