Kerjasama UMNO-DAP formula menang PRU-15 - Utusan Malaysia

Kerjasama UMNO-DAP formula menang PRU-15

KMAMARUL ZAMAN YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jajaran politik baharu yang membabitkan kerjasama UMNO-DAP difikirkan oleh sesetengah pihak adalah formula kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, mengikut pandangan mereka, jajaran baharu itu akan membentuk kerajaan dengan majoriti yang kuat dengan gandingan mantap wakil rakyat pelbagai kaum.

“Atas kertasnya memang nampak begitulah, kerana UMNO boleh tarik undi Melayu, DAP dapat sokongan padu pengundi Cina manakala PKR melengkapkan kedua-duanya.

“Calon Perdana Menteri pula akan ditentukan selepas mereka menang kelak dan pastinya harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri lebih tinggi di bawah UMNO jika dibandingkan semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menerajui Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata, begitupun, satu persoalan yang mungkin boleh mengganggu perkiraan ini ialah penerimaan ahli dan penyokong UMNO ke atas kerjasamanya dengan DAP dan Anwar.

Ini kerana, katanya, sejak sekian lama mereka diindoktrinasi dengan fahaman bahawa kedua-duanya adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu dan kepada UMNO.

Namun, beliau menjelaskan, sekiranya pemimpin UMNO dapat meyakinkan ahli dan penyokong mereka mengenai keperluan dan kewajaran kerjasama tersebut, maka ini mungkin boleh menjadi kenyataan.

“Apa pun, ia adalah satu perjudian yang sangat besar di pihak UMNO jika ini berlaku,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya