Kereta hilang kawalan rempuh kenderaan, tiga gerai makanan - Utusan Malaysia

Kereta hilang kawalan rempuh kenderaan, tiga gerai makanan

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebuah kereta hilang kawalan selepas pelapik getah di bawah pedal brek kenderaan itu berlipat dan pemandunya merempuh sebuah kereta lain dan tiga gerai makanan di Jalan Taman Mesra, di Kajang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu turut mengakibatkan seorang peniaga cedera ringan dan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan susulan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 58 tahun yang mahu keluar dari kawasan parkir tiba-tiba hilang kawalan kerana masalah brek lalu panik dan langgar sisi kiri depan kereta Honda City yang diparkir serta tiga gerai.

Kata beliau, pemandu wanita berusia 39 tahun yang juga pemandu Honda City itu turut mengesahkan pelapik getah itu berlipat selepas membuat pemeriksaan dalam kereta Proton Saga berkenaan.

“Dua pemandu tidak cedera namun seorang peniaga melecur belakang badan akibat terkena minyak panas susulan kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi seminit 52 saat di media sosial antara lain menunjukkan beberapa khemah gerai makanan rosak dan berselerak akibat insiden itu.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya